Skip to content
Artwork for MJ12 Gerun Malam

MJ12 Gerun Malam

Mediacorp

Ria’s most popular radio program is now on podcast! Listen to the most terrifying and spooky catch-up and original stories right here with MJ12 Gerun Malam!

The views and opinions shared during this podcast series are those of the hosts and guests and do not necessarily reflect the views of Mediacorp Pte. Ltd. or its group of companies.

Play
  • 120 episodes
  • daily
  • Avg 55 min
  • Malay
Counted on this page — what you have heard stays on this device, so it is not something the list can be paged by.
  • S5 · E45
    September 21 · 15 min

    MJ12 ORIGINAL EP45: SIAPA DIA TOK ?

    Semuanya bermula ketika Asya berusia 12 tahun, selepas satu malam bermalam di rumah tok. Dalam keadaan separuh sedar, dia terlihat “acu” berdiri di muka pintu — tetapi apabila disuluh, tiada sesiapa di situ. Tidak lama kemudian, dia sekali lagi terlihat seorang lelaki berpakaian merah di hadapan pintu bilik, sebelum bayangan itu hilang tanpa jejak. Selepas malam tersebut, gangguan semakin menjadi-jadi. Asya mula melihat bayang-bayang, mengalami gangguan ketika tidur, jatuh sakit berpanjangan dan akhirnya tidak lagi mampu ke sekolah. Malah, beberapa kejadian pelik turut dialami oleh ibu dan bapanya. See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E44
    September 16 · 13 min

    MJ12 ORIGINAL EP44: LUCID DREAM

    Uyou menyangka dia sekadar bermimpi ketika tertidur selepas solat Zohor. Dalam mimpinya, dia sedar sepenuhnya bahawa dirinya sedang bermimpi, lalu menganggap segala yang berlaku tidak perlu ditakuti. Namun, semuanya berubah apabila dia memasuki sebuah sekolah lama yang dipenuhi kanak-kanak misteri. Apa yang pada awalnya terasa seperti mimpi biasa bertukar menjadi pengalaman yang terlalu nyata. Lengkap dengan rasa sakit, ketakutan dan satu pesan yang berulang: “Jangan lari.” Dan apabila Uyou akhirnya terjaga, sesuatu yang lebih mengejutkan menantinya di sisi katil. Adakah itu benar-benar lucid dream… ? See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E43
    September 15 · 17 min

    MJ12 ORIGINAL EP43: KHADAM HANTU

    Arkadia tinggal sendirian di sebuah kondo bersama kucing kesayangannya, Breta. Pada mulanya, dia hanya perasan perkara pelik seperti bau rumput selepas hujan dan barang-barang rumah yang tiba-tiba tersusun sendiri. Namun, keadaan berubah apabila makanan muncul tanpa dimasak dan satu malam, dia terlihat bayangan makhluk berambut panjang merangkak di atas siling. Apabila seorang yang arif tentang perkara mistik memberitahu bahawa makhluk itu mungkin sudah lama mengikutinya, dia mula menyiasat satu-satunya perkara pelik yang pernah masuk ke rumahnya—sebuah parcel barang bundle yang sudah lama tidak dibuka. Apa sebenarnya yang tersembunyi di dalam parcel itu? See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E42
    September 9 · 16 min

    MJ12 ORIGINAL EP42: PUTERI SAADONG

    Puteri Saadong seorang tokoh legenda dari Kelantan yang kisahnya penuh dengan pengorbanan, pengkhianatan dan misteri. Dikatakan sanggup menyerahkan diri kepada Raja Siam demi menyelamatkan rakyatnya, Siti Maryam kemudiannya kembali ke tanah air sebelum menemui nasib yang tragis di tangan suaminya sendiri. Namun, kisahnya tidak berakhir di situ. Selepas dikatakan hidup kembali, membalas kematian dirinya dan meninggalkan istana, Puteri Saadong akhirnya menghilang tanpa diketahui ke mana perginya. See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E41
    September 7 · 14 min

    MJ12 ORIGINAL EP41: KAWAN ATAS MOTOR

    Lebih 25 tahun lalu, Melur sering melalui jalan tanah sunyi di belakang rumahnya untuk ke sekolah. Suatu pagi, dia terlihat seorang pelajar perempuan berjalan seorang diri lalu menawarkan tumpang menaiki motor. Dari hari itu, gadis tersebut menjadi penumpang tetapnya setiap pagi. Mereka berbual, bergelak dan berkongsi cerita seperti kawan biasa. Namun, ada satu perkara yang Melur tidak pernah sedar selama berbulan-bulan.. dia langsung tidak tahu nama, kelas atau rumah gadis itu. Lebih pelik, tiada seorang pun di sekolah yang mengenalinya. Apabila gadis itu tiba-tiba hilang, barulah Melur mula tertanya-tanya… siapakah sebenarnya “kawan atas motor” yang hanya muncul di jalan sunyi itu setiap pagi? See omnystudio.com/listener for privacy information.

Showing 61–80 of 120 episodes