Skip to content
Artwork for MJ12 Gerun Malam

MJ12 Gerun Malam

Mediacorp

Ria’s most popular radio program is now on podcast! Listen to the most terrifying and spooky catch-up and original stories right here with MJ12 Gerun Malam!

The views and opinions shared during this podcast series are those of the hosts and guests and do not necessarily reflect the views of Mediacorp Pte. Ltd. or its group of companies.

Play
  • 120 episodes
  • daily
  • Avg 55 min
  • Malay
Counted on this page — what you have heard stays on this device, so it is not something the list can be paged by.
  • S5 · E40
    September 2 · 13 min

    MJ12 ORIGINAL EP40: MENINGGAL DUNIA

    Lana sejak kecil sering melihat perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Daripada kelibat yang berdiri di bawah pokok kelapa, sosok yang dilihat bersama orang kampung ketika jenazahnya masih terbujur, hinggalah gangguan yang mengikutinya pulang ke rumah, pengalaman Lana semakin sukar untuk dianggap sebagai kebetulan. See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E39
    August 31 · 16 min

    MJ12 ORIGINAL EP39: AIR TERJUN SARAWAK

    Sebuah perjalanan ke air terjun terpencil di pedalaman Sarawak bertukar menjadi pengalaman yang hampir meragut kewarasan. Selepas melalui sebatang pokok tumbang, Pak Engku mula terhidu bau cempedak goreng dan perlahan-lahan merasakan tempat itu sebagai “rumah”. Lebih mengerikan, rakannya Yunus sebenarnya sudah nampak sesuatu yang mengikut mereka sejak awal. Apa yang berlaku di air terjun itu sehingga Pak Engku begitu kuat menolak untuk pulang? See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E37
    August 26 · 14 min

    MJ12 ORIGINAL EP38: BALAN-BALAN

    Sebuah kisah seram dari Sabah tentang gangguan makhluk yang dikenali sebagai Balan-balan. Bermula dengan satu malam apabila seorang wanita sarat mengandung didatangi sesuatu di atas bumbung, kisah ini kemudian membawa kepada rahsia lama sebuah keluarga—tentang gangguan ketika kelahiran, bayi yang meninggal dunia, dan seorang saudara yang mungkin menyimpan sesuatu yang tidak pernah diketahui orang lain. See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E37
    August 24 · 13 min

    MJ12 ORIGINAL EP37: GANGGUAN DI KILANG

    Ketika bekerja di sebuah kilang di Kedah, Farhana mula mengalami pelbagai kejadian pelik—daripada suara memanggil namanya, kelibat pekerja yang sebenarnya tiada, hinggalah pengalaman terperangkap sendirian dalam bilik spray. Namun yang paling mengganggu fikirannya ialah apabila makhluk yang ditemuinya muncul dalam rupa orang yang dia kenal. Sampai sekarang, Farhana masih tertanya-tanya… siapa sebenarnya yang dia tegur malam itu, dan apakah yang cuba disampaikan oleh “mereka” kepadanya? See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E36
    August 20 · 12 min

    MJ12 ORIGINAL EP36: BELAAN BAPAK

    Apa sebenarnya yang ada di rumah keluarga Cik Nur? Segalanya bermula apabila seorang tukang urut, Kak Mah, mendakwa ada sesuatu yang menghuni rumah mereka dan mengganggu beberapa ahli keluarga. Namun keadaan berubah apabila Kak Mah tiba-tiba tersentak setiap kali cuba memandang bapak Cik Nur. Lebih meremangkan, dia enggan melihat seorang kanak-kanak kerana mendakwa ada kaitan dengan bapak mereka. Benarkah bapak menyimpan sesuatu yang tidak diketahui keluarga? See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E35
    August 17 · 15 min

    MJ12 ORIGINAL EP35: KEBUN OPAH

    Kisah Aziera bermula apabila dia dan sepupu-sepupunya pergi ke kebun opah untuk mencari buah dan sayur. Namun, salah seorang daripada mereka yang dikatakan sensitif terhadap kehadiran makhluk halus mula berasa tidak sedap hati. Apabila dua sepupunya enggan mendengar amaran dan terus berada di kebun, mereka akhirnya berdepan dengan seorang nenek tua berambut putih yang muncul di bawah pokok durian. Apa yang berlaku selepas itu membuatkan mereka serik untuk menjejakkan kaki ke kebun opah lagi. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Showing 81–100 of 120 episodes