Skip to content
Artwork for MJ12 Gerun Malam

MJ12 Gerun Malam

Mediacorp

Ria’s most popular radio program is now on podcast! Listen to the most terrifying and spooky catch-up and original stories right here with MJ12 Gerun Malam!

The views and opinions shared during this podcast series are those of the hosts and guests and do not necessarily reflect the views of Mediacorp Pte. Ltd. or its group of companies.

Play
  • 120 episodes
  • daily
  • Avg 55 min
  • Malay
Counted on this page — what you have heard stays on this device, so it is not something the list can be paged by.
  • S5 · E51
    October 12 · 12 min

    MJ12 ORIGINAL EP51: TETAMU SENJA

    Perjalanan kerja dari Miri ke Bintulu bertukar menjadi pengalaman menyeramkan apabila Yusuf diganggu sesuatu yang tidak dapat dijelaskan ketika menginap di sebuah hotel. Bermula dengan kelibat lembaga putih berambut panjang di dalam almari kaca, gangguan itu semakin menjadi-jadi apabila bunyi air mengalir, tandas di-flush sendiri dan selimutnya ditarik ketika dia sedang berbaring. Ketakutan memaksanya meninggalkan bilik pada tengah malam tanpa membawa barang-barangnya. Namun, apakah sebenarnya yang menjadi tetamu senja di bilik hotel itu? See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E50
    October 7 · 13 min

    MJ12 ORIGINAL EP50: HANTU BUNGKUS

    Sebuah perjalanan pulang lewat kawasan kebun Pak Asit bertukar menjadi pengalaman seram apabila Man dan rakannya, Mail, terpaksa menolak motosikal yang tiba-tiba rosak hampir tengah malam. Di kawasan yang terkenal dengan cerita “hantu bungkus”, mereka terlihat satu susuk putih sedang duduk di atas batu besar, diselubungi bau hanyir yang kuat. See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E49
    October 5 · 11 min

    MJ12 ORIGINAL EP49: PONTIANAK POKOK KEKABU

    Bermula ketika Amanda masih bayi, toknya pernah mengalami kejadian pelik apabila melihat Amanda seolah-olah sedang berbual dengan sesuatu di luar buaian pada waktu tengah malam. Tok ternampak susuk perempuan berambut panjang dan berwajah pucat sedang menyangkung di sisi buaian, merenung Amanda yang sedang tidur. Apa yang lebih mengejutkan, atok memberitahu bahawa makhluk itu dipercayai pontianak yang menghuni pokok kekabu di belakang rumah. See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E48
    September 30 · 12 min

    MJ12 ORIGINAL EP48: UMMU SIBYAN

    Sebuah percutian keluarga ke Melaka bertukar menjadi pengalaman seram apabila seorang kanak-kanak tiba-tiba enggan masuk ke dalam lif dan mendakwa takut “kena makan”, walaupun tiada apa-apa yang kelihatan. Beberapa hari kemudian, selepas pulang ke rumah, maksu Humaira mula menunjukkan perubahan sikap yang ketara sebelum akhirnya mengalami kejadian misteri ketika mendapatkan rawatan. Menurut perawat yang ditemui keluarga, maksu Humaira dikatakan diganggu oleh jin yang dikenali sebagai Ummu Sibyan. Namun persoalannya, apakah yang berlaku ketika mereka mengunjungi Muzium Hang Tuah sehingga gangguan itu dikatakan mengikut mereka pulang? See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E47
    September 28 · 16 min

    MJ12 ORIGINAL EP47: TAKSUB DENGAN BOMOH

    Apabila kesihatan arwah ayahnya semakin merosot, keluarga Lo pada mulanya mendapatkan rawatan perubatan seperti biasa. Namun kerana terlalu percaya pada andaian bahawa sakit itu berpunca daripada gangguan, ayahnya mula mendapatkan rawatan daripada seorang perawat yang didakwa mampu mengenal pasti punca penyakit secara mistik. Keadaan semakin membimbangkan apabila rawatan tersebut berlarutan tanpa perubahan, sebelum akhirnya pemeriksaan di hospital mendedahkan keadaan jantung dan paru-paru arwah ayah yang sebenarnya sangat serius. See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E46
    September 23 · 13 min

    MJ12 ORIGINAL EP46: NAK TUTUP HIJAB

    Sejak kecil, Aman dikatakan mampu melihat sesuatu yang tidak mampu dilihat oleh orang lain. Pada mulanya dia menganggap apa yang dilihatnya itu perkara biasa — sehinggalah makhluk-makhluk tersebut mula mengganggu kehidupan dan kesihatannya. Daripada “tetamu” yang datang ketika kenduri, makhluk yang meminta air, hinggalah sesuatu yang dikatakan mengekori ahli keluarga pulang ke rumah, pengalaman Aman semakin sukar untuk dijelaskan. Keluarganya cuba mencari jalan untuk menutup hijab Aman, tetapi gangguan yang datang semakin kuat. Namun apabila Aman semakin dewasa, penglihatannya perlahan-lahan hilang. Persoalannya… adakah hijabnya benar-benar sudah tertutup, atau ada sesuatu yang memilih untuk tidak lagi menampakkan diri? See omnystudio.com/listener for privacy information.

Showing 41–60 of 120 episodes