Skip to content
Artwork for MJ12 Gerun Malam

MJ12 Gerun Malam

Mediacorp

Ria’s most popular radio program is now on podcast! Listen to the most terrifying and spooky catch-up and original stories right here with MJ12 Gerun Malam!

The views and opinions shared during this podcast series are those of the hosts and guests and do not necessarily reflect the views of Mediacorp Pte. Ltd. or its group of companies.

Play
  • 111 episodes
  • Avg 55 min
  • Malay
Counted on this page — what you have heard stays on this device, so it is not something the list can be paged by.
  • S5 · E54
    October 21 · 12 min

    MJ12 ORIGINAL EP54: TEMPIAS SIHIR

    Ketika membantu persiapan majlis perkahwinan jiran, Feenaz mula menyedari kehadiran satu makhluk misteri yang seolah-olah mengekori keluarga tersebut. Tidak lama kemudian, Kak Li mengalami gangguan aneh sehingga akhirnya dirasuk. Lebih mengejutkan, makhluk itu mengaku bahawa sasaran asalnya ialah Kak Na, tetapi tersalah orang. Apakah sebenarnya yang dihantar untuk menghancurkan kebahagiaan keluarga itu, dan bagaimana Feenaz yang masih kecil ketika itu terlibat dalam usaha menyelamatkan Kak Li? See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E53
    October 19 · 14 min

    MJ12 ORIGINAL EP53: GUNUNG PULAI

    Pada tahun 1997, Kidal menyertai perkhemahan sekolah di Gunung Pulai ketika berusia 17 tahun. Apa yang bermula sebagai aktiviti biasa bertukar menjadi pengalaman menyeramkan apabila dia terserempak dengan dua lembaga putih dan seekor kucing misteri ketika berjalan seorang diri dalam gelap. Malam itu, gangguan semakin menjadi-jadi sehingga beberapa peserta mengalami kerasukan. Namun, pengalaman Asmah tidak berakhir selepas pulang dari perkhemahan. Selama hampir dua tahun, dia menderita masalah kulit yang misteri dan sukar dirawat. Benarkah ada sesuatu dari Gunung Pulai yang mengikutnya pulang? See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E52
    October 14 · 13 min

    MJ12 ORIGINAL EP52: RESORT ANGKER DI MELAKA

    Ketika terkandas di sebuah resort di Ayer Keroh semasa PKP 2021, Izz dan rakannya, Ara, mula mengalami gangguan aneh pada waktu malam. Bermula dengan bunyi zip beg yang bergerak sendiri, Izz dikejutkan dengan kemunculan lembaga menyerupai Ara yang menekan lehernya ketika tidur. Namun, pengalaman mereka menjadi semakin menyeramkan apabila Ara mendedahkan bahawa dia turut merasakan seseorang memeluk dan menyentuh rambutnya malam itu. Jika mereka berdua tidak melakukannya, siapakah sebenarnya yang berada bersama mereka di bilik resort tersebut? See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E51
    October 12 · 12 min

    MJ12 ORIGINAL EP51: TETAMU SENJA

    Perjalanan kerja dari Miri ke Bintulu bertukar menjadi pengalaman menyeramkan apabila Yusuf diganggu sesuatu yang tidak dapat dijelaskan ketika menginap di sebuah hotel. Bermula dengan kelibat lembaga putih berambut panjang di dalam almari kaca, gangguan itu semakin menjadi-jadi apabila bunyi air mengalir, tandas di-flush sendiri dan selimutnya ditarik ketika dia sedang berbaring. Ketakutan memaksanya meninggalkan bilik pada tengah malam tanpa membawa barang-barangnya. Namun, apakah sebenarnya yang menjadi tetamu senja di bilik hotel itu? See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E50
    October 7 · 13 min

    MJ12 ORIGINAL EP50: HANTU BUNGKUS

    Sebuah perjalanan pulang lewat kawasan kebun Pak Asit bertukar menjadi pengalaman seram apabila Man dan rakannya, Mail, terpaksa menolak motosikal yang tiba-tiba rosak hampir tengah malam. Di kawasan yang terkenal dengan cerita “hantu bungkus”, mereka terlihat satu susuk putih sedang duduk di atas batu besar, diselubungi bau hanyir yang kuat. See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E49
    October 5 · 11 min

    MJ12 ORIGINAL EP49: PONTIANAK POKOK KEKABU

    Bermula ketika Amanda masih bayi, toknya pernah mengalami kejadian pelik apabila melihat Amanda seolah-olah sedang berbual dengan sesuatu di luar buaian pada waktu tengah malam. Tok ternampak susuk perempuan berambut panjang dan berwajah pucat sedang menyangkung di sisi buaian, merenung Amanda yang sedang tidur. Apa yang lebih mengejutkan, atok memberitahu bahawa makhluk itu dipercayai pontianak yang menghuni pokok kekabu di belakang rumah. See omnystudio.com/listener for privacy information.

Showing 21–40 of 111 episodes