Skip to content
Artwork for MJ12 Gerun Malam

MJ12 Gerun Malam

Mediacorp

Ria’s most popular radio program is now on podcast! Listen to the most terrifying and spooky catch-up and original stories right here with MJ12 Gerun Malam!

The views and opinions shared during this podcast series are those of the hosts and guests and do not necessarily reflect the views of Mediacorp Pte. Ltd. or its group of companies.

Play
  • 111 episodes
  • Avg 55 min
  • Malay
Counted on this page — what you have heard stays on this device, so it is not something the list can be paged by.
  • S5 · E60
    Yesterday · 15 min

    MJ12 ORIGINAL EP60: SERU NAMA

    Semasa menyertai Perkhemahan Peringkat Kebangsaan di Kem Sri Ledang, Tangkak, Johor, Sufi mengalami beberapa kejadian misteri selepas terlihat seorang perempuan melambai dari tengah tasik berkabus. Gangguan semakin menyeramkan apabila seorang peserta tiba-tiba menjerit meminta namanya diseru sebelum menghilangkan diri secara misteri. Namun, penemuan peserta tersebut berhampiran sebatang pokok besar membuka kisah silam yang lebih menyeramkan tentang tasik itu, dan sejak pulang dari perkhemahan, Sufi masih dihantui suara yang seolah-olah memanggilnya. See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E59
    Monday · 12 min

    MJ12 ORIGINAL EP59: FELDA LURAH BILUT

    Pada tahun 1986, ketika dalam perjalanan menuju Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang, arwah abah Fathi bersama seorang sahabatnya berdepan pengalaman menyeramkan di sebuah jalan hutan yang sunyi. Segalanya bermula apabila mereka melalui kawasan pokok bunga cempaka yang dikatakan menyimpan kisah kehilangan seorang budak perempuan. Namun, mereka tidak menyangka akan berhadapan dengan pontianak yang melekap di cermin depan kereta sehingga hampir menyebabkan mereka terbabas ke dalam gaung. See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E58
    November 4 · 13 min

    MJ12 ORIGINAL EP58: CINCIN

    Am mula mengalami pelbagai kejadian misteri selepas menerima sebentuk cincin daripada seorang rakan lama yang dipercayai mempunyai unsur mistik. Bermula dengan penampakan pocong di kawasan perkuburan, gangguan ketika tidur sehinggalah kejadian kerasukan di sebuah flat terbiar, setiap pengalaman seolah-olah mempunyai kaitan dengan cincin tersebut. Walaupun sudah dibuang jauh, cincin itu akhirnya muncul semula di tangan pemilik asalnya. Apakah sebenarnya yang terkandung dalam cincin itu, dan siapakah penjaga yang mengikutinya? See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E57
    November 2 · 13 min

    MJ12 ORIGINAL EP57: SUMPAHAN IBU

    Setiap Ramadan, Zul akan pulang ke rumah pusaka keluarganya yang sudah lama ditinggalkan sejak pemergian arwah ibunya. Namun, kepulangannya kali ini disambut dengan bau bunga melur, suara arwah ibu yang memanggil dari dapur dan kelibat seorang wanita berjubah putih yang sedang memasak hidangan kegemarannya. Apabila wanita itu berpaling dan memperlihatkan wajah sebenarnya, Zul mula menyedari bahawa sesuatu yang menunggunya di rumah itu bukanlah seperti yang disangkakan. Lebih menggerunkan, ada satu sumpahan dan janji lama yang masih belum tertunai. See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E56
    October 28 · 13 min

    MJ12 ORIGINAL EP56: RESORT NEGERI SEMBILAN

    Percutian Hari Keluarga yang sepatutnya menjadi kenangan manis bertukar menjadi pengalaman menyeramkan apabila keluarga Rafida mula mengalami pelbagai kejadian pelik di sebuah resort di Negeri Sembilan. Daripada kelibat perempuan tua dan gangguan pada waktu malam, hinggalah kejadian anak saudaranya yang hampir lemas selepas didakwa diajak oleh seorang “kawan” misteri. Siapakah sebenarnya kawan yang dilihat oleh kanak-kanak itu, dan apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik resort tersebut? See omnystudio.com/listener for privacy information.

  • S5 · E55
    October 26 · 13 min

    MJ12 ORIGINAL EP55: BADI SAKA

    Pasangan pengantin baru, Ira dan Sol, berpindah ke sebuah rumah sewa yang besar dan cantik dengan harga yang luar biasa murah. Namun, kegembiraan mereka tidak bertahan lama apabila gangguan misteri mula berlaku, termasuk kemunculan lembaga perempuan tua berambut putih yang mampu merangkak di siling. Keadaan Ira semakin membimbangkan sehingga dia mengalami sawan dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. Apabila gangguan itu semakin menjadi-jadi, mereka akhirnya mendapatkan bantuan seorang ustaz yang mendedahkan kemungkinan sebenar di sebalik rumah tersebut. Benarkah lembaga itu merupakan saka yang sedang mencari tuan baharu? See omnystudio.com/listener for privacy information.

Showing 1–20 of 111 episodes