Skip to content
Artwork for Keluar Sekejap

Keluar Sekejap

Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami.

For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.my

Play
  • 31 episodes
  • Avg 54 min
  • Malay
Counted on this page — what you have heard stays on this device, so it is not something the list can be paged by.
  • July 10 · 43 min

    Dokumentari PRN Johor 2026: Kembara Selatan

    Team Keluar Sekejap berada di Johor Bahru, ibu negeri Johor Darul Takzim, untuk melihat, mendengar dan memahami sendiri suasana politik di negeri selatan tanah air ini menjelang Pilihan Raya Negeri Johor. Dalam episod kali ini, kami menelusuri empat perkara utama yang membentuk landskap PRN Johor: * Pertembungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, yang bukan sahaja tegang di Johor malah turut menguji hubungan mereka di peringkat Persekutuan. * Dinamika dalam Perikatan Nasional, serta perkembangan kuasa ketiga seperti MUDA dan parti baharu, BERSAMA. * Peranan institusi istana dalam landskap politik, kepimpinan dan pembangunan negeri Johor. * Suara Bangsa Johor — apakah harapan mereka, dan apakah yang mereka mahukan daripada pilihan raya kali ini? Jom ikuti kembara PRN Johor bersama Iman Irfan hanya di Keluar Sekejap.

  • July 10 · 28 min

    EP13 #SembangKS | FIFA 2026 Bersama Abam Mister Potato, PRN Johor

    Dalam episod kali ini, Sembang KS kembali dengan pelbagai isu hangat selepas berehat selama seminggu!Antara topik yang dibincangkan:⚽ Kontroversi Piala Dunia 2026 – campur tangan politik, keputusan FIFA, kad merah, format baharu dan pelbagai drama yang mencetuskan perdebatan.🗳️ Pilihan Raya Negeri Johor – kempen-kempen kreatif calon, poster paling luar biasa, strategi parti-parti politik serta perkembangan terkini melibatkan PAS, Bersatu, Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Parti Bersama, MUDA dan parti-parti lain.⚡ Segmen baharu Sembang Deras yang merumuskan pelbagai berita politik penting secara pantas dan santai.Seperti biasa, semua isu dibawakan dengan gabungan analisis, sindiran dan humor khas Sembang KS dengan penampilan istimewa Abam Mister Potato!Tonton sehingga habis dan kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Jangan lupa Like, Share dan Subscribe untuk lebih banyak kandungan politik semasa yang santai tetapi padat dengan maklumat.

  • July 6 · 1 hr 28 min

    EP204 | Analisis Kempen PRN Johor 2026, Future Speaks

    Episod 204 Keluar Sekejap bersiaran khas dari Muzium Tokoh Johor dengan membawakan analisis mendalam mengenai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang kini memasuki fasa penting. KJ dan Shahril membincangkan isu-isu utama yang mewarnai kempen kali ini, termasuk pertembungan sengit antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, strategi serta naratif yang dibawa oleh setiap gabungan, prestasi kempen di lapangan, dan faktor-faktor yang bakal mempengaruhi keputusan pilihan raya. Turut dikupas ialah persoalan sama ada berlaku peralihan undi PAS kepada Barisan Nasional, perubahan pola sokongan pengundi, kekuatan manifesto, serta bagaimana semua perkembangan ini mampu menentukan landskap politik Johor selepas hari pengundian.

  • June 25 · 24 min

    EP12 #SembangKS | TTMM, PN, Calon MB, Muda, Trump dan Kulat Zombi

    Dalam episod kali ini, kami mengupas pelbagai isu hangat dari politik tempatan, politik antarabangsa dan juga berita pelik tetapi benar!Antara topik yang dibincangkan:🏆 Keputusan akhir Talk To My Manager (TTMM) dan fenomena gandingan juara Adira & Anggrek.🔥 Krisis Perikatan Nasional yang semakin memuncak selepas PAS dan Bersatu dilihat membawa haluan masing-masing. Siapa sebenarnya pemilik jenama PN?🗳️ MUDA mengumumkan calon-calon mereka untuk PRN Johor termasuk calon termuda berusia 26 tahun, Rasyifa Aljunied.👔 Desakan supaya Pakatan Harapan menamakan calon Menteri Besar Johor sebelum hari pengundian.🇺🇸🇮🇹 Donald Trump dan "perang media sosial" bersama Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni.🍄 Saintis UMS menemui spesies baharu "hiperparasit" di Borneo yang menjadikan kulat zombi sebagai mangsa.👕 Harith Zazman berkongsi pengalaman hidup selepas berkahwin dan belajar menguruskan rumah tangga.😂 Dan seperti biasa, pelbagai ulasan, sindiran dan pemerhatian santai terhadap perkembangan semasa.Jangan lupa tekan LIKE, SUBSCRIBE dan tinggalkan komen tentang topik yang anda mahu kami bincangkan dalam episod akan datang.

  • June 19 · 1 hr 17 min

    EP203 | US-IRAN Peace Deal, Ai Dalam Perang Moden, Masa Depan Perikatan Nasional

    Episod 203 Keluar Sekejap membawa anda menelusuri perkembangan antarabangsa yang semakin mencorakkan dunia hari ini, sebelum beralih kepada dinamika politik tempatan yang kian menarik perhatian. KJ dan Shahril memulakan perbincangan dengan konflik Amerika Syarikat-Iran dan perkembangan terbaharu ke arah perdamaian, diikuti peranan kecerdasan buatan (AI) dalam peperangan moden serta amaran Pope Leo XIV mengenai risiko apabila teknologi semakin mengambil alih keputusan hidup dan mati di medan perang. Perbincangan kemudian beralih kepada politik tanah air, dengan meneliti masa depan Perikatan Nasional susulan keputusan PAS untuk berpisah dengan Bersatu. KJ dan Shahril turut membincangkan kebarangkalian Parti Wawasan Negara yang baru ditubuhkan oleh Hamzah Zainudin menyertai PN, implikasi pertikaian penggunaan logo gabungan tersebut, serta bagaimana perkembangan ini berpotensi mengubah landskap politik pembangkang menjelang pilihan raya akan datang.

  • June 18 · 28 min

    EP11 #SembangKS | PN-PAS, Trump dan Angkasa Lepas

    Dalam episod kali ini, kami membincangkan pelbagai isu hangat yang sedang mencorakkan politik dan geopolitik semasa.Antara topik yang disentuh:🔹 Kemunculan Parti Wawasan Negara dan perkembangan terbaru dalam Perikatan Nasional.🔹 Perubahan kepimpinan pembangkang serta implikasinya terhadap landskap politik Malaysia.🔹 Gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran serta kesannya kepada ekonomi dunia.🔹 IPO terbesar dalam sejarah oleh SpaceX dan bagaimana industri aeroangkasa bakal mengubah masa depan teknologi.🔹 Mengapa Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam perlumbaan teknologi satelit, telekomunikasi dan aeroangkasa.Seperti biasa, semuanya dibincangkan dengan gaya santai, diselitkan humor, tetapi berasaskan analisis semasa.💬 Apa pandangan anda?Adakah perubahan dalam PN akan memberi kesan kepada politik negara? Dan patutkah Malaysia kembali memberi tumpuan kepada industri aeroangkasa? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.👍 Jangan lupa Like, Share & Subscribe untuk lebih banyak episod Sembang KS setiap minggu!

  • June 16 · 1 hr 29 min

    EP10 #KenaSoal | Isu Rohingya, Shahril join Bersama?, Kemelut Berpanjangan N9

    00:00 Intro 07:54 Orang Politik Korup? @hafizfazille: whats your estimatepercentage of corrupt politicians vs those that never take.. 23:50 Kemelut Berpanjangan Negeri Sembilan @jajator: your opinion about umno taking sides with Tengku Nazaruddin 37:30 Muda & Bersama Gabung? @mister: Zaidel tak bertanding ke PRN Johor? Sokong ke Muda kerjasama dengan Bersama 43:30 Shahril join Bersama? @deli.adlizin: Shahril nak join parti kancil tak? @talibz86: Kepada Shahril, tidak berminat ke utk menjadi calon parti bersama? Permohonan dah open tu @manluqman_ig: Is BERSAMA proposition attracts you? 48:30 Isu Rohingya @nazhan87: Rohingya, UNHSR dan kegunaan mrk dipublic hospital. macam mna nk selesaikan? @drbeat78: Rohingya issue - salah siapa? Resolution? @muhayyz: Penyelesaian tuntas terhadap isu rohingya yang makin meruncing @naufalmhisham: Thoughts on the Rohingya issue and the impact on the internal and external politics

  • June 11 · 27 min

    EP10 #SembangKS | Krisis Negeri Sembilan, Duduk Semeja dan Penceraian Pembangkang

    Negeri Sembilan tiba-tiba membubarkan DUN pada lewat malam. Pada masa yang sama, krisis takhta melibatkan Undang, Yang Dipertuan Besar dan sistem Adat Perpatih semakin rumit dengan campur tangan mahkamah, politik dan pelbagai tafsiran perlembagaan.Dalam episod kali ini, kami cuba merungkai:▪️ Apa sebenarnya yang berlaku dalam krisis Negeri Sembilan?▪️ Kenapa DUN dibubarkan secara mengejut?▪️ Apa maksud sistem Undang, Luak dan Adat Perpatih?▪️ Mengapa isu "duduk semeja dengan DAP" menjadi polemik di Johor?▪️ Apa kesan perpecahan terbaru antara PAS dan Bersatu terhadap masa depan pembangkang?Di sebalik segala drama politik, persoalan paling penting masih belum terjawab — KENAPA?Ketika rakyat berdepan cabaran ekonomi, kos sara hidup dan ketidaktentuan masa depan, adakah politik negara sedang dipandu oleh prinsip dan dasar, atau sekadar percaturan kuasa?

  • June 8 · 1 hr 29 min

    EP202 | DUN Johor & N9 BUBAR, Pemasyhuran YDPB N9 Baharu?, Harga Barang Naik, Harga MAMEE KEKAL!

    mbincangkan pendekatan unik syarikat tersebut dalam menghadapi tekanan kos hidup dan cabaran industri makanan. Mamee mengambil pendirian berbeza daripada kebiasaan pasaran dengan mengekalkan harga, tidak mengecilkan saiz produk, malah memberikan lebih nilai kepada pengguna melalui penambahan kandungan dalam produk terpilih seperti Mister Potato, Corntoz, Double Decker dan rangkaian mi Mamee. Dalam segmen seterusnya, episod ini meneliti perkembangan politik di Johor susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 1 Jun 2026 oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, yang membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16 dalam tempoh 60 hari. Perbincangan menilai implikasi langkah tersebut terhadap landskap politik negeri serta kesiapsiagaan parti-parti utama dalam menghadapi PRN kali ini. Akhir sekali, episod ini turut mengupas situasi di Negeri Sembilan berikutan pembubaran DUN pada 4 Jun 2026 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. Pengumuman yang dibuat pada lewat malam itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi kerana ia berlaku hampir dengan perkembangan penting institusi adat negeri. PRN Negeri Sembilan kali ini bukan sahaja tertumpu kepada persaingan politik, tetapi turut berlangsung dalam suasana yang melibatkan sensitiviti perlembagaan dan institusi tradisi negeri.

  • June 4 · 23 min

    EP9 #SembangKS | Pembubaran dan Drama DUN Johor, Konspirasi The Movie dan Perubahan Iklim

    Dalam episod kali ini, kami membincangkan tiga topik hangat yang sedang mencuri perhatian: 🔹 Pembubaran DUN Johor – Apa sebenarnya strategi di sebalik pembubaran mengejut ini? Siapa yang paling bersedia menghadapi PRN Johor? 🔹 Drama Filem Konspirasi – Mengapa filem Konspirasi ditarik daripada pawagam selepas hanya beberapa hari tayangan? Adakah ia sekadar keputusan dalaman atau ada cerita di sebaliknya? 🔹 Perubahan Iklim & Masa Depan Malaysia – Isu yang sering dipandang sepi, tetapi memberi kesan langsung kepada banjir, harga makanan, cuaca ekstrem dan kehidupan harian kita. Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam. Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja. Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗

  • June 1 · 39 min

    [EPISOD KHAS] | Temubual Shahril Hamdan bersama Pramono Anung Wibowo, Gabenor Jakarta

    Keluar Sekejap menampilkan temubual khas bersama Pramono Anung Wibowo, Gabenor Jakarta, yang membincangkan transformasi Jakarta pasca pemindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara serta visi untuk menjadikan Jakarta sebuah kota global yang moden, berdaya saing dan berteraskan identiti budaya tempatan.Perbincangan bersama Shahril Hamdan menyentuh pelbagai isu berkaitan pembangunan bandar termasuk usaha memperkukuh identiti budaya Betawi, kebangkitan kawasan-kawasan ikonik seperti Blok M, pembangunan ruang awam, serta peranan sektor pelancongan dan ekonomi kreatif dalam membentuk wajah baharu Jakarta.Temubual turut mengupas cabaran utama yang masih dihadapi Jakarta seperti kesesakan lalu lintas, pencemaran udara, banjir dan pengurusan sampah. Pramono menjelaskan pendekatan pentadbirannya dalam memperluaskan rangkaian pengangkutan awam melalui MRT, LRT, TransJakarta dan sistem transit serantau bagi mengurangkan kebergantungan terhadap kenderaan persendirian.Selain itu, beliau berkongsi bagaimana Jakarta berusaha mengubah persepsi sebagai bandar yang sesak kepada sebuah metropolis global yang lebih mesra penduduk, pelabur dan pelancong, sambil mengekalkan warisan budaya yang menjadi asas kepada identiti kota tersebut.

Showing 21–31 of 31 episodes